Make your own free website on Tripod.com
 
INTRODUCTION 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat datang ke laman web untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB). Tujuan laman ini dibuat adalah supaya semua pelajar teknik tidak kira dari batch bila terutamanya dari SMTJB dapat berhubung sesama kita terutamanya yang tinggal berjauhan. Saya percaya ramai di antara kita masih lagi belajar samada di IPTA, IPTS ataupun di luar negara dan ada di antara kita yang belajar di tempat yang sama tetapi tidak kita sedari, contohnya di UTM sendiri yang mane tempatnya adalah besar begitu juga di UPM dan lain² IPTA/S. Di laman ini saya akan cuba meletakkan seberapa banyak yang boleh maklumat mengenai pelajar² dari SMTJB agar kita dapat berhubung.

Saya tidak mempunyai maklumat mengenai batch selain dari batch 94/95, jadi kepada pelajar dari batch lain yang ingin menyumbangkan maklumat mengenai batch mereka amatlah dialu²kan. Sebarang bentuk maklumat akan diterima, gambar kelas,kelab ataupun sebarang gambar kenangan jika ada akan diterima dan diletakkan di laman ini. Gambar perlu di scan dahulu dan emailkan kepada saya sebagai attachment.

Saya harap kita dapat mengembalikan kegemilangan SMTJB walaupun kita tidak berada di sana. Kita masih dapat melakukannya melalui internet, sebagai salah satu alternatif untuk mereka yang berada jauh.

Terdapat homepage Teknik baru di sini , a great effort by our juniors .

Jika browser anda mempunyai plugins untuk flash, anda boleh cuba halaman Teknik95 yang dibuat sepenuhnya dalam flash.
Halaman ini belum siap sepenuhnya, ianya masih lagi di dalam peringkat 'optimization'. Sebarang komen atau cadangan amatlah dihargai untuk menaikkan taraf website ini.

Message board untuk laman ini terpaksa diberhentikan atas sebab penutupan servis oleh InsideTheWeb yang mendapat kerugian baru - baru ini. Message board baru akan di wujudkan di masa akan datang sebagai penyambung kepada message board sebelum ini. Harap maklum.


TEKNIKJB MILLENIUM GATHERING SCENE

webmaster is now click to message the webmaster

Subscribe to teknik95
teknik95 archive
Hosted by eGroups.com

All pages copyright 2000 Skyxmen Inc . All right reserved. Last Modified: Saturday, March 10, 2001 1:34 AM
Contact webmaster for any queries.