Laman utama
latar blkg sekolah
berita terbaru
kelas '95
gathering 2000
galeri
links
Sertai mailing list teknik95

 

 

Pengenalan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat datang ke laman web yang dibuat khas untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB). Tujuan laman ini dibuat adalah supaya semua pelajar teknik tidak kira dari batch bila terutamanya dari SMTJB dapat berhubung sesama kita terutamanya yang tinggal berjauhan. Keharmonian yang terbina di SMTJB tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tidak kira samada anda masih lagi belajar di SMTJB atau telah lama habis belajar di SMTJB, laman web ini bertujuan untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pelajar dan yang masih belajar di SMTJB. Di laman ini saya akan cuba meletakkan seberapa banyak yang boleh maklumat mengenai pelajar² dari SMTJB agar kita dapat berhubung.

Saya tidak mempunyai maklumat mengenai batch selain dari batch 94/95, jadi kepada pelajar dari batch lain yang ingin menyumbangkan maklumat mengenai batch mereka amatlah dialu²kan. Sebarang bentuk maklumat akan diterima, gambar kelas,kelab ataupun sebarang gambar kenangan jika ada akan diterima dan diletakkan di laman ini. Gambar perlu di scan dahulu dan emailkan kepada saya di skyxmen [at] yahoo.com.

Saya harap kita dapat mengembalikan kegemilangan SMTJB walaupun kita tidak berada di sana. Kita masih dapat melakukannya melalui internet, sebagai salah satu alternatif untuk mereka yang berada jauh.

Jika browser anda mempunyai plugins untuk flash, anda boleh cuba halaman Teknik95 yang dibuat sepenuhnya dalam flash.

 

 


site created by mohdzulfiqar.com